1.Bentuk kata diri dapat disingkatkan seperti yang berikut:
(a) aku menjadi ku
(b) engkau menjadi kau
(c) kamu menjadi mu
(d) dia atau ia menjadi nya
2.Makna kata diri singkat ini sama dengan makna kata ganti diri penuh.
3.Dalam tulisan, kata kau, ku, mu, dan nya dicantumkan dengan kata lain yang menyertainya.Oleh itu, kata diri singkat bolehlah dianggap sebagai imbuhan.
Kedudukan kata diri singkat dan ayat contoh.
1.kau
-diletakkan di awal kata saha seolah-olah sebagai awalan.
=Karangan yang kautulis itu sungguh baik.
2.ku
-boleh diletakkan di awal kata seolah-olah sebagai awalan dan di akhir kata seolah-olah sebagai akhiran.
=Akan kuhadapi segala rintangan dengan tabah.
=Buku itu masih ada padaku.
3.mu
-diletakkan di akhir kata saja seolah-olah sebagai akhiran.
=Hadiah ini untukmu.
=Apakah hajatmu?
4.nya
-diletakkan di akhir kata saja seolah-olah sebagai akhiran
=Surat ini ditulis olehnya.
=Pakaiannya kemas.
PERHATIAN.
1.Kata kau sebagai awalan tidak boleh dijarakkan daripada kata yang menyertainya.
2.Kata kau juga tidak boleh bertugas sebagai subjek ayat kecuali dijadikan kata ganti diri penuh engkau.
3.Kata ku sebagai awalan atau akhiran tidak boleh dijarakkan daripada kata yang menyertainya.
4.Kata ku tidak boleh bertugas sebagai subjek ayat kecuali dijadikan kata ganti diri penuh aku.
5.Kata mu sebagai akhiran tidak boleh juga dijarakkan daripada kata yang menyertainya.
6.Kata mu tidak boleh bertugas sebagai subjek ayat kecuali dijadikan kata ganti diri penuh kamu.
7.Kata nya sebagai akhiran tidak boleh dijarakkan daripada kata yang menyertainya.
8.Katanya tidak boleh bertugas sebagai subjek ayat kecuali dijadikan kata ganti diri penuh dia atau ia.
9.kata mu dan nya digunakan untuk menggantikan nama Tuhan mesti ditulis dengan huruf besar di pangkal kata itu serta diberi tanda sempang.
Contoh: Berikanlah hidayah-Mu kepadaku, ya Allah.
10.kata ku, mu dan nya tidak boleh bertugas sebagai subjek dalam ayat pasif songsang.
Contoh: Saya perlukannya (X)
Saya perlukan dia.(/)
11.Kata nya tidak boleh diimbuhkan pada kata ia lalu menjadi *ianya , sebagaimana ku dan mu tidak boleh diimbuhkan pada kata aku dan kamu lalu menjadi *akuku dan *kamumu
Wednesday, 28 November 2012
Friday, 23 November 2012
KESALAHAN EJAAN.
Punca:
- tidak menguasai sitem ejaan bahasa Melayu.
-mengeja mengikut sebutan.
-terpengaruh dengan ejaan kata pinjaman
Tidak Menguasai ejaan dari segi:
-kata majmuk.
-tanda sempang/sengkang
-kata sendi
-imbuhan
-tanda baca
Contoh kesalahan"
kebaikkan - kebaikan
menggalakan - menggalakkan
di jadikan - dijadikan
disana - di sana
warga negara - warganegara
ke 5 - ke-5
ke-lima - kelima
Tsunami - tsunami
Kesalahan berkait dengan pola keselarasan vokal.
Pola keselarasan vokal salah betul
1. a - i aleh alih
2. a - u basoh basuh
3. e pepet - i betek betik
4. e pepet - u sebot sebut
5. e taling - a diwan dewan
6. e taling - o isok esok
7. l - i pileh pilih
8. l - u puleh pulih
9. o - e taling olih oleh
10. u - a obat ubat
11. u i kueh kuih
12. u - u untok untuk
Punca:
- tidak menguasai sitem ejaan bahasa Melayu.
-mengeja mengikut sebutan.
-terpengaruh dengan ejaan kata pinjaman
Tidak Menguasai ejaan dari segi:
-kata majmuk.
-tanda sempang/sengkang
-kata sendi
-imbuhan
-tanda baca
Contoh kesalahan"
kebaikkan - kebaikan
menggalakan - menggalakkan
di jadikan - dijadikan
disana - di sana
warga negara - warganegara
ke 5 - ke-5
ke-lima - kelima
Tsunami - tsunami
Kesalahan berkait dengan pola keselarasan vokal.
Pola keselarasan vokal salah betul
1. a - i aleh alih
2. a - u basoh basuh
3. e pepet - i betek betik
4. e pepet - u sebot sebut
5. e taling - a diwan dewan
6. e taling - o isok esok
7. l - i pileh pilih
8. l - u puleh pulih
9. o - e taling olih oleh
10. u - a obat ubat
11. u i kueh kuih
12. u - u untok untuk
Thursday, 15 November 2012
Thursday, 8 November 2012
SISTEM BAHASA
Sistem bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran merujuk kepada bahasa Melayu baku yang terdiri daripada
- Tatabahasa
- Ejaan
- Sebutan dan intonasi
- Kosa kata
- Peribahasa
Aspek tatabahasa merangkumi morfologi dan sintaksis, manakala aspek kosa kata terdiri daripada kosa kata umum dan istilah yang terdapat dalam mata pelajaran yang lain pada peringkat rendah
Kemahiran Bahasa
Kemahiran bahasa merupakan teras penguasaan kepada bahasa baku.
Kemahiran bahasa terbahagi kepada empat iaitu :
Kemahiran Mendengar
- Merupakan keupayaan murid mendengar dengan teliti, memahami perkara
Kemahiran bahasa terbahagi kepada empat iaitu :
Kemahiran Mendengar
- Merupakan keupayaan murid mendengar dengan teliti, memahami perkara
yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan, serta dapat memberikan
maklum balas.
Kemahiran Bertutur
- Merupakan keupayaan murid berbual untuk menjalin hubungan dan
Kemahiran Membaca
- Merupakan keupayaan murid membaca ayat dengan lancar serta sebutan,
Kemahiran Menulis
Kemahiran Bertutur
- Merupakan keupayaan murid berbual untuk menjalin hubungan dan
menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan, serta idea yang kritis dan
kreatif dengan sebutan dan intonasi yang betul secara sopan. Penekanan
diberi kepada penggunaan pengucapan dengan tatabahasa yang sesuai.
Kemahiran Membaca
- Merupakan keupayaan murid membaca ayat dengan lancar serta sebutan,
intonasi, dan jeda yang betul. Penekanan perlu diberi kepada aspek
pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan secara kritis dengan
menggunakan teknik membaca.
Kemahiran Menulis
- Merupakan keupayaan murid menulis perkataan dan ayat dan mengeluarkan
idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan
dan pengalaman peribadi yang telah dilalui dengan menggunakan ayant yang
gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas, cantik dan
kemas. Murid juga digalakkan menggunakan kreativiti mereka untuk
menghasilkan penulisan bahan berunsur pengetahuan dan penulisan imaginatif.
Subscribe to:
Posts (Atom)