Kemahiran bahasa terbahagi kepada empat iaitu :
Kemahiran Mendengar
- Merupakan keupayaan murid mendengar dengan teliti, memahami perkara
yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan, serta dapat memberikan
maklum balas.
Kemahiran Bertutur
- Merupakan keupayaan murid berbual untuk menjalin hubungan dan
Kemahiran Membaca
- Merupakan keupayaan murid membaca ayat dengan lancar serta sebutan,
Kemahiran Menulis
Kemahiran Bertutur
- Merupakan keupayaan murid berbual untuk menjalin hubungan dan
menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan, serta idea yang kritis dan
kreatif dengan sebutan dan intonasi yang betul secara sopan. Penekanan
diberi kepada penggunaan pengucapan dengan tatabahasa yang sesuai.
Kemahiran Membaca
- Merupakan keupayaan murid membaca ayat dengan lancar serta sebutan,
intonasi, dan jeda yang betul. Penekanan perlu diberi kepada aspek
pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan secara kritis dengan
menggunakan teknik membaca.
Kemahiran Menulis
- Merupakan keupayaan murid menulis perkataan dan ayat dan mengeluarkan
idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan
dan pengalaman peribadi yang telah dilalui dengan menggunakan ayant yang
gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas, cantik dan
kemas. Murid juga digalakkan menggunakan kreativiti mereka untuk
menghasilkan penulisan bahan berunsur pengetahuan dan penulisan imaginatif.
No comments:
Post a Comment